Penting ker KALSIUM???

Pernah x terlintas soalan-soalan tentang kalsium di dalam kotak fikiran anda?Contohnya ....

Naper kena minum susu??
Naper kena amik kalsium??
Penting sangat ker kalsium ni??
Klu x amik x blh ker???  

Kalau soalan-soalan ini pernah terlintas dalam kotak fikiran anda, jom kita tengok apa itu kalsium..

Apa itu KALSIUM..
Kalsium adalah sejenis mineral yang penting dalam badan kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral yang lain. Ia sangat penting bagi kanak-kanak dan remaja untuk pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalsium adalah dalam bentuk tulang dan gigi.

Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets dan osteoporosis pada orang dewasa.

Selain itu, kalsium juga penting untuk fungsi-fungsi lain-lain seperti:

  • fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
  • fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan pada waktu malam
  • membantu dalam proses pembekuan darah
  • kajian terkini menunjukkan kalsium membantu menghalang berlakunya darah tinggi
Jom kita tengok keperluan KALSIUM mengikut jantina...

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati 60-70% penduduk tidak mengambil kalsium secukupnya setiap hari. Berapa banyakkah keperluan kalsium mengikut individu???

Lelaki

Umur (tahun)

Keperluan kalsium dalam mg

8 - 11

800

12 - 15

1200

16 - 18

1000

19 - 64

800

melebihi 64

800

Wanita

Umur (tahun)

Keperluan kalsium dalam mg

8 - 11

900

12 - 15

1000

16 - 18

800

19 - 54

800

melebihi 54

1000

Mengandung

1100

Menyusu bayi

1200

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.


Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber KALSIUM
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :

  • 3 gelas susu,
  • 4.6kg daging
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt
Persoalannya....Adakah anda telah mendapatkan kalsium yang mencukupi untuk badan anda???

Sekiranya anda adalah daripada kalangan mereka yang alah dengan susu, dan tidak mampu mengambil sumber-sumber kalsium saya sarankan pengambilan Ostematrix daripada SHAKLEE, gabungan lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D, serta mudah larut. 

Boleh hubungi saya untuk pesanan vitamin
sms/whatsapp 0126704659