TIPS PANTAS IBU MENYUSU

TIPS & TRICKS PENYUSUAN SUSU IBU



Apakah langkah2 untuk mengatasi susu merudum?

PUNCA SUSU MERUDUM

Pasti ada sebab kenapa susu menjadi makin sikit (walaupun pam macam biasa). Antara sebab2 biasa yang dihadapi oleh ibu yang susunya makin sikit:
- Kedatangan haid
- Stress
- Puasa
- Kurang sihat
- Kurang minum air
- Tak cukup tidur
- Mengandung


Untuk sebab2 yang boleh dipulihkan, carilah cara untuk pulihkannya. Kalau kurang minum air, maka minumlah air secukupnya 

PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali.

POWER PUMPING

Power pumping ialah kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Cara membuat power pumping ialah:
(dalam masa 1 jam)
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam


Atau:
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
Power pumping memang berkesan dan terbukti. 
Power pumping boleh dibuat 2-3 kali sehari, bergantung kepada masa yang ada.

URUT BREAST

Sambil mengepam buat urutan pada breast dan bayangkan seolah-olah kita sedang menolak susu supaya keluar dari-nya. Insya-Allah minda bawah sedar sangat powerful.

PAM DI WAKTU MALAM/ DINIHARI

Hormon penghasilan susu iaitu prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi, gunakan masa ini untuk mengepam dan merangsang susu agar lebih banyak dihasilkan.

TAMBAH SESI PAM DI PEJABAT/ RUMAH

Dalam falsafah penyusuan, breast yang penuh (dengan susu) dan galactostasis iaitu susu yang masih ada dalam breast bila proses mengepam tidak dilakukan dengan sempurna (tak kosongkan breast) akan menyebabkan susu makin merudum.
Ini kerana 2 sebab:

1) Feedback inhibitor of lactation yang memperlahankan penghasilan susu bila breast penuh
2) Bila breast penuh, peranti penerima prolaktin menerima insyarat supaya berhenti menghasilkan susu


*layman term macam tu lah, senang sikit nak faham
Sebab tu kita tak boleh tunggu breast penuh untuk mengepam. Pam susu secara kerap dan konsisten.
Nak menyusukan anak bukan mudah. Tapi bukan benda sangat special sampai kena ada condition yang special baru boleh menyusu. Ramai ibu yang kerja di site, kerja di bahagian production, malah pramugari dan yang kerja offshore mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya.
Bersama membudayakan penyusuan susu ibu kerana susu adalah hak anak anda..
Sharing is caring..
credit to Mommy Lyna