Showing posts with label Omega guard. Show all posts
Showing posts with label Omega guard. Show all posts

Omega 3 & Kesihatan Jantung Anda

Sejarah Penemuan Omega 3

Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.


Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.


Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.


Omega 3 mula menarik minat saintis sejak 20 tahun dahulu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.


Seterusnya, pelbagai pemerhatian dibeberapa tempat didunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.


Fenomena ini menjadi suatu ‘misteri’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.




Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu-susu formula itu mengandungi tambahan Omega 3. Omega 3 juga ditambah didalam susu-susu formula kerana ianya juga mempunyai kesan positif kepada perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Kerana itulah susu ibu adalah sumber yang sangat kaya dengan Omega 3.


Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah. 


Bukti saintifik kebaikan Omega 3 dengan kesihatan jantung.

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah:

  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan telah membuktikan kebaikan omega 3 kepada kesihatan jantung. Banyak kajian yang mengkaji pengambilan makanan laut terutamanya ikan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 


Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya. 


Dalam satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Ini adalah antara kajian terawal yang mengkaji hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan kadar serangan jantung buat kali kedua, iaitu hanya dengan menambah ikan dalam pemakanan mereka. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung. Kajian-kajian selanjutnya mendapati , pengambilan supplemen Omega 3 juga menghasilkan kesan yang baik untuk kesihatan jantung.


Satu analisa sebelas kajian rambang terkawal ( Randomised Controlled Trial) yang dijalankan di antara tahun 1966 hingga 1999, yang melibatkan seramai 7,951 pesakit menunjukkan pengurangan yang ketara dalam kadar kematian mengejut akibat serangan jantung dengan pengambilan asid lemak Omega 3 secara konsisten.

Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung (myocardial infarction) di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari. 


Omega 3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang sebagai contohnya minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapat keperluan Omega 3 harian.


Pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya. Untuk cara yang lebih mudah makanlah kapsul atau suplemen Omega 3 yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang. Makanlah Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung anda. Usaha berterusan dan doa setiap hari, Insya-Allah kesihatan anda akan terpelihara.





Shaklee menyediakan rangkaian suplemen kesihatan yang selamat, semulajadi dan pastinya halal. Pengambilan suplemen membantu anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

PROMO DISEMBER

Setiap bulan pasti ade je promo terbaik daripada Shaklee..istimewa untuk pelanggan tegar Shaklee..mmg sangat berbaloi.. 

Sempena Disember ini Shaklee menghadiahkan promo Omega guard Buy 1 free 1..
Kalau bulan lepas semua begitu excited memborong VIVIX..bulan ni jom kita sama2 memborong omega guard pulak..

Perangi kolesterol abis abisan..Inshaa Allah banyak manfaatnya untuk kesihatan kita bersama.



Promo OmegaGuard


Serius sangat JIMAT kalau beli OMEGA GUARD bulan ni. Kenapa?

Harga Retail untuk sebotol Omega Guard ialah RM136

Untuk harga promo, cuma RMXX....itu kalau sebotol. Kalau beli 1 set?

Untuk pembelian satu set

anda dapat jimat.....RM136

Ada CASHBACK

Jimat RM65 untuk membership sebab anda dapat FREE!

Lagi??? Oh, nak lagi.....

Anda jugak dapat melindungi keluarga anda dari penyakit2 KARDIO, mengurangkan derita ASMA anak anda sekaligus dapat meningkatkan SISTEM IMUN, dapat membantu ibu bapa anda yang menderita SAKIT2 SENDI. 

Saya percaya tak ada OFFER yang lebih baik dari ini!!!



Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Semasa Hamil?

Harapan memiliki anak yang mempunyai otak yang sihat dan cerdas boleh dilakukan seawal didalam perut ibu lagi.Ibu mengandung yg mengambil cukup omega 3 sangat bagus dimana ia amat penting dalam perkembangan memori dan juga menajamkan minda .contoh makanan yg tinggi omega 3 adalah seperti ikan dilautan sejuk, telur,kekacang,soya dan macam-macam lagi, 
Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Semasa Mengandung?
•untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
•mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi
• digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu
•untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
•mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
•mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung



Kelebihan Omega Guard Shaklee
Omega Guard

  • Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal 
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Cadangan Vitamin Ibu Hamil

Pengambilan vitamin amat penting ketika hamil bagi memastikan ibu dan anak mendapatkan nutrisi yang optimum dan membantu tumbesaran bayi yang lebih sihat.
JOM LIHAT VITAMIN YG SESUAI UNTUK IBU HAMIL!!

Jenis Vitamin
Fungsi/Kebaikan Vitamin
B Complex
Sangat unik kerana telah dilengkapi dengan asid folik dan juga 8kumpulan B. asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya “spina bifida”. Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 400mg asid folik setiap hari. Sangat penting untuk mengamalkan pengambilan asid folik ini 3bln sebelum hamil sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama janin terbentuk
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vitalea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Ibu mengandung memerlukan kalsium sebanyak 1000-1300mg setiap hari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekuranan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
Sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Hubungi saya untuk cadangan supplemen yang sesuai untuk anda..
sms/ whatsapp 012-6704659