Showing posts with label Wanita dan Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Wanita dan Kecantikan. Show all posts

6 Tips Sihat, Cantik & Awet Muda

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama saya tak kongsikan tips cantik wat anda smua kan???Hari ni tergerak hati nk kongsikan sedikit tips utk kekal sihat, cantik dan awet muda. 

Saya pasti semua orang suka untuk nampak muda dari usia sebenar. Tapi, mesti tak semua orang tahu macam mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi bila ramai di antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga mengakibatkan stress. Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses penurunan berat badan dan kehidupan yang sihat. 

Saya pernah berjumpa dengan ramai orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya, kebanyakan mereka mengamalkan tips sihat dan cantik berikut untuk awet muda:

Tips Sihat Dan Cantik 1: Amalkan Pemakanan Seimbang

Haaa...ini yang paling penting sekali. Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Tips Sihat Dan Cantik 2: Tidur

Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.

Tips Sihat Dan Cantik 3: Bersenam

Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Buat je apa-apa aktiviti senaman yang anda suka 3-4 hari seminggu dan senaman tidak semestinya dilakukan di gym atau di luar rumah. 

Tips Sihat Dan Cantik 4: Minum Air

Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L  air kosong setiap hari.


Tips Sihat Dan Cantik 5: Buah-buahan dan Sayur-Sayuran

Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan anda. Makan buah sebelum makan akan menyebabkan kita cepat kenyang dan dapat mengawal jumlah pengambilan makanan utama.


Tips Sihat Dan Cantik 6: Fikir positif
Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Perkara yang positif akan banyak berlaku kepada anda yang selalu berfikiran positif.





Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Insya Allah sedikit sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan cantik. 

Jom Cantik!!Jgn Tua Sebelum Usia..Kecantikan Bermula Dari Dalam..
Dapatkan Set Cantik Shaklee untuk kecantikan dari dalam. Pengambilan suplemen membantu anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang..

Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Cantik Shaklee.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Makanan Wajib untuk Kekal Cantik

Cantik itu sangat subjektif. Penilaian setiap orang tentang cantik adalah berbeza-beza. Tetapi yang pastinya cantik itu bermula dari dalam diri kita. Sebab itulah, kalau nak cantik kena muhasabah diri. Semak balik cara pemakanan yang kita amalkan. Sebaik-baiknya lupakan fast food yang kurang bernutrisi. Sebaliknya gantikan dengan makanan di bawah ini;




Untuk kulit yang sihat :

Beri biru, kranberi, raspberi, strawberi, ceri, kismis, anggur ungu, labu, kacang soya, lobak, petola dan kentang.




Mata yang sihat :
Brokoli, kubis, brussels, kubis bunga, boy choy, bayam, salad dan biji sawi.




Tulang yang kuat :

Yogurt, kacang soya, taufu dan susu tanpa lemak.








Mengurangkan tekanan :
Kacang hijau, kacang pis dan pis hijau.







Meningkatkan sistem imunisasi :

Ayam belanda, ayam tanpa kulit, brokoli, kubis bunga, kubis, bayam dan teh hijau atau hitam.










Perlindungan dari cahaya matahari :
Tomato, tembikai, anggur merah dan jambu.







Kalau nak sihat & cantik, Choose Your Food Wisely..
Anda juga boleh mendapatkan suplemen yang bersesuaian untuk kekal sihat dan cantik.

Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Cantik Shaklee.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com


Kulit Cantik, Putih, Berseri Dengan ESP Shaklee

Inginkan kulit cantik dan putih berseri serta awet muda???
esp shakleeHakikatnya setiap wanita inginkn kulit yang canti berseri..Tentu ramai yg tertanya-tanya bagaimana utk dptkn kulit yang cantik dan sihat.Jawapannya ringkas aje..anda harus mengamalkn pemakanan yang seimbang & berkhasiat, rajin bersenamutk tingkatkan metabolisme badan agar kekal langsing dan juga amalkan pemakanan tinggi protein bg menggalakkan pembentukan sel yang sihat.

Nampak senang dan mudah..betul tak??tetapi masalahnya mampukah kita untuk memastikan diet yg seimbang setiap hari..Dengan kesibukan seharian dan cara hidup zaman sekarang yg sentiasa terkejar-kejar mampukah kita memberi yang terbaik untuk badan kita???Tepuk dada Tanya diri masing-masing..Adakah dengan mengambil makanan FASTFOOD setiap hari memberikan zat yang terbaik utk badan kita??


Jadi, kita perlu mencari penyelesainnya..Cubalah ESP Shaklee!!!Inshaa Allah boleh membantu anda sentiasa cantik, berseri & pastinya bertenaga menghadapi hari-hari yang penuh mencabar!!

JOM KENAL ESP SHAKLEE..

ESP atau energizing soy protein Shaklee (protin soya) merupakan produk yang diiktiraf seluruh dunia sebagai menjalani kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Shaklee hanya menggunakan kacang soya non-GMO di dalam produk ESP ni.


Ia satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan semuanya oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 vitamin dan 4 mineral penting yang menyokong penyerapan protein.

ESP memiliki indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.


Harganya pun murah jika dibandingkan dengan jenis yang sama dalam kelasnya.... 30kg kacang soya digunakan untuk menghasilkan satu canister ESP (850 gram) tu. Jadi, boleh bandingkan bagaimana protein yang asli didapati dari kacang soya terpilih ni.



APA KHASIAT ESP SHAKLEE???
  • menjadikan kulit muka cantik, gebu, halus & berseri
  • membantu hilangkan parut akibat jeragat dan jerawat
  • membekalkan tenaga berjam lamanya dan menjadikan badan cergas dan tidak cepat letih
  • membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dgn cepat dan banyak serta pekat
  • kulit kembali tegang dan anjal serta menganjalkan payudara
  • cepat kenyang dan membantu dalam proses menurunkan berat badan
  • bagi ibu hamil, ESP membantu perkembangan tumbesaran bayi dan kesihatan ibu
  • untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim dan sel ovum serta sel sperma yang sihat dan sempurna

TERTARIK???JOM BACA TESTIMONI MEREKA YANG TELAH MENCUBA ESP SHAKLEE..

testimonial esp
TIADA LAGI KULIT BERMINAK, BERPARUT & BERJERAWAT!!MARVELLOUSS


testimonial esp
KULIT CANTIK BERSERI DENGAN ESP SHAKLEE



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

10 TIPS Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Alhamdulillah.. dh 40 hari berpantang..badan kembali sihat bersama Shaklee. now, target utk kembali langsing.Insya Allah dengan bantuan Shaklee, smuanya dpt berjalan lancar.Amenn..
Hari ni saya nk berkongsi sedikit tips untuk saya sdiri dan wanita-wanita di luar sana yang ingin mengempiskan perut especially selepas bersalin..bukan senang nk dapat perut yg bergetah dan langsing cam zaman anak dara. apatah lagi bagi ibu-ibu yang yang bsalin secara czer..Saya la 2 orangnyer..hehe..dh 2x czer nih..biasa la klu dh bsalin secara czer ni ..nk bertungku x blh..nk berbengkung pn kn tggu  luka kering..x sama cam bsalin normal.. Tp saya 9hr slps bsalin sy dh mberanikan diri memakai bengkung..Alhamdulillah x de masalah.
Panjang lebar lak intro ni..hehe..jom kita tgk 10 TIPS yg blh diamalkan utk mdptkn perut yg kempis..
Cabaran utk saya gak sebenarnya..



Menari!

Apa jua jenis tarian sebenarnya adalah bagus untuk membakar lemak dan kalori (1 jam menari tanpa henti membakar hampir 400 kalori).

Menari juga adalah salah satu teknik yang bagus untuk melangsingkan bahagian pinggang






Gantikan Kerusi Dengan Bola Fitness

Gantikan kerusi anda dengan bola fitness semasa menonton TV sambil membantu mengencangkan bahagian perut.

Teknik ini sangat bagus untuk menggalakkan penggunaan otot perut untuk keseimbangan tubuh sekaligus membantu melangsingkan bahagian perut.






Sit-Ups


Senaman 'Sit-Ups' membantu mengempiskan perut.  Amalan ini tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat, tetapi perlu diamalkan secara konsisten.

Sentiasa pastikan meletakkan tangan di bahagian telinga berbanding dibelakang tenkuk bagi mengelakkan sakit /lenguh di leher dan belakang tubuh.
  


Reverse Curl

'Reverse-Curl' berkesan hampir menyamai teknik 'Sit-Ups' dan mudah dilakukan.  Mulakan dengan baring dilanta, letakkan tangan di sisi tubuh.

Angkat pinggul dari lantai menggunakan otot perut dan kekalkan kedudukan bahu dan lengan pada lantai.  Kekalkan posisi ini (seperti dalam gambar) untuk seketika dan letakkan tubuh ke lantai semula.  Ulang 15-20 kali setiap hari.




Yoga

Yoga adalah amalan mudah yang boleh dilakukan oleh semua peringkat termasuk kanak-kanak.  Sangat bagus untuk mengencangkan otot dan juga mengempiskan perut kerana menggunakan teknik pernafasan yang betul.  Ia juga menekankan postur tubuh yang betul sekaligus memberi impak positive pada perut anda.

  

Jagalah Posture Tubuh Anda

Untuk mempunyai perut yang kempis dan tubuh cantik, sangat penting kita mengambil kira kedudukan posture tubuh yang betul - cara berdiri, duduk, mengangkat sesuatu, dll mempengaruhi bentuk tubuh.  Gunakan otot perut semasa duduk dan berdiri.



Crunch & Twist


Sekiranya anda dapati melakukan 'sit ups' sudah menjadi semakin mudah dan selesa bagi anda - jangan berhenti dengan hanya 1 teknik sahaja!

Kekalkan tangan dibahagian telinga dan cuba sentuh siku anda ke lutut (siku kanan menyentuh lutut kiri - seperti dalam gambar)

Lakukan berulang-ulang kali kiri dan kanan - 15-20 kali sehari.







Sentuh Ibu Jari Kaki Anda!

Sekiranya anda bosan dengan rutin 'sit-ups', cuba teknik senaman ini.

Baring lurus di lantai, angkat tangan menghala ke ceiling, sambil itu juga angkat kaki anda supaya tangan dapat menyentuh ibu jari kaki (pastikan kedua tangan dan kaki dlm keadaan lurus) - biarkan dalam posisi ini untuk beberapa ketika dan jatuhkan tangan dan kaki ke kedudukan asal, ulang semula - lakukan 15-20 kali sehari.


 Juga lakukan teknik seperti di dalam gambar di sebelah - 15-20 kali sehari.






Tahan Otot Perut Anda!

Ini adalah teknik senaman yang paling mudah, yang boleh dilakukan pada bila-bila masa samada anda sedang berjalan, berdiri, duduk atau dalam posisi baring. (paling bagus ialah sewaktu anda berjalan, tahan otot perut semaksimum yang anda mampu)

Tahan otot perut anda (seolah cuba mengempiskan perut TANPA MENAHAN NAFAS - bernafaslah seperti biasa) - teknik ini adalah cara paling mudah untuk mengempiskan bahagian perut.



Kembung?

Masih tetap buncit? Kemungkinan ada kaitan dengan kembung / angin - jangan panik, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Amalkan minuman yang membantu buang angin / kunyah makanan perlahan-lahan / amalan makan prebiotik seperti yoghurt atau minuman prebiotik seperti Yacult sangat membantu meningkatkan bakteria yang baik di dalam usus, sekaligus mengurangkan kembung perut.

KENAPA WANITA CEPAT TUA?

Kenapa agaknya Wanita kelihatan lebih cepat tua berbanding Lelaki..

cantik

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua dan gemuk..

Tapi tahukan anda semua... wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda..

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, ia akan membantu proses penghadaman perut kita berjalan dengan baik, sekaligus mengelakkan kita jadi gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan cepat-cepat, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami....layan jer.. sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak." Sayang katanya....takut membazir ". Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidur.....nya. Wanita... lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mulalah wujud.
Petua untuk kecantikkan ada dua perkara yang penting, iaitu minum air yang banyak & TIDUR DENGAN SECUKUPNYA.

4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya... dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.., wanita pun mulalah..... membebel, marah-marah dan bila marah-marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua..kan selalu orang kata kalau selalu marah cepat tua.....

Kesimpulannya. ..LELAKI @ SUAMI  adalah antara penyebab wanita cepat tua & cepat gemuk.

Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda ketika dia masih hidup...........hargailah isteri anda .....dengan ucapan" terima kasih SAYANG".....wanita sangat menghargai...nya.

Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia untuk sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti mana isteri anda lakukan setiap hari.......fikir-fikirkanlah........sebelum terlambat


Semoga artikel ini membantu anda untuk kembali cantik dah sihattt...

Shaklee Collagen Powder boleh membantu anda untuk cantik dan sihat...yang penting membantu melambatkan proses penuaann..


Inginkan kulit yang cantik??
Hubungi saya segera utk info lanjut..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com