Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

10 Tips Ringkas Mengumpul Stok Susu Perahan (EBM) Sepanjang Cuti Bersalin.

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang menyedari kebaikan dan menyokong penyusuan susu ibu. Biasanya bagi ibu-ibu yang bekerja, cuti bersalin adalah masa yang sangat penting untuk membuat stok susu EBM (Susu Ibu Perahan). Jom ikuti beberapa tips utk mengumpul stok susu sepanjang cuti bersalin.


Tips untuk semua ibu baru dan bakal ibu membuat stok EBM (Susu Ibu Perahan) sepanjang cuti bersalin..


1. NIAT..mula lah berniat, tanamkan azam, ikhlaskan diri, yakin dgn kemampuan diri untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kenapa perlu niat? KERANA niatla yg mendatangkan kekuatan dalam diri kita.

2. Usahakan untuk menyusukan anak secepat mungkin (sebaiknya setengah jam selepas bersalin). Kenapa perlu awal? KERANA lebih awal signal demand di hantar pada otak sejurus tali pusat dipotong lebih cepat susu akan dihasilkan. Ini penting untuk proses penghasilan susu secara berterusan.
tips susu

3. Mula kumpul stok dgn serius sejak 2 minggu dalam pantang. 2 minggu pertama beri tumpuan penuh (priority) untuk susukan baby sekerap yang boleh ini kerana di awal2 kelahiran susu matang masih belum terhasil sebaliknya masih kolostrum..pastikan anak mendapat khasiat yg terkandung dalam kolostrum yg pastinya sangat berharga..stimulasi semualajadi dari hisapan baby sejak dr awal sangat penting. Kenapa perlu bermula dari dalam pantang? KERANA waktu pantang badan baru nak belajar adjust berapa byk hasil yg diperlukan setiap hari..waktu ini bdn sedang aktif hasilkan susu..lebih kerap payudara dikosongkan lebih byk susu dapat dihasilkan. Lama kelamaan badan akan terbiasa untuk menghasilkan susu yg lebih mengikut demand yg dihantar pada otak.

4. Minum air suam segelas setiap kali sebelum dan selepas menyusukan anak atau mengepam. Kenapa perlu minum air lebih? KERANA anda telah menghasilkan bendalir (susu ibu) maka perlulah diganti juga dengan bendalir (air suam). Ini penting untuk pastikan payudara cepat penuh.

5. Pastikan payudara dikosongkan setiap 2-3jam sekali, tidak kira sama ada melalui sesi penyusuan atau sesi mengepam. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang jangan sesekali memberi anak minum susu perahan melalui botol, pastikan anda menyusukan anak 100% secara direct feeding ia juga bagi mengelak bayi keliru puting..Kenapa perlu kerap? KERANA untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan susu tanpa henti..bila badan telah terbiasa dgn jadual ini secara automatiknya ibu akan merasa "bengkak" bila payudara tidak dikosongkan.

6. Susukan anak lebih kerap waktu malam. Kenapa waktu malam? KERANA hormon prolaktin (yg terlibat dalam penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1.00 - 5 pagi..jika badan terbiasa untuk menghasilkan susu di waktu kemuncak ini secara tak langsung bekalan susu makin lama akan menjadi bertambah banyak.

7. Amalkan tandem nursing (mengepam sewaktu anak sedang menyusu). Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pd otak secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut permintaan yang diterima. Jika payudara masih terasa berat selepas sesi penyusuan boleh keluarkan baki susu melalui sesi mengepam. Saya menggunakan teknik ini semasa tempoh berpantang. Alhamdulillah susu mmg banyak dan boleh dikatakan over supply (susu terlalu banyak) sehinggakan anak saya yang kedua boleh menikmati susu ibu.

8. Jaga makan dan minum, mknlah makanan berkhasiat, minum susu kerana badan perlukan kalsium dan zat lain bagi menggantikan penggunaan simpanan zat dalam badan semasa menghasilkan susu untuk anak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan badan anda mudah penat, lenguh2 dan sakit2 badan.

9. Elakkan stress, tenangkan diri, walau apa saja masalah hadapi dengan tenang dan hati yang gembira. Kenapa tak boleh stress?KERANA stress, tekanan, tension atau yg seumpama dengannya akan membuatkan paras hormon oksitosin (yang terlibat dalam proses pengeluaran/merembeskan susu) menjadi rendah. Bila rendah susu jadi segan nak keluar dan pengeluran jadi tak lancar.

10. Jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt..DIA lah yang no 1 kita kene ingat kerana dia yang meminjamkan segala2 nikmat yang ada..bykkan berzikir terutama Ya Matin. Amalkan juga ayat2 dari Surah Al-Hujurat, Surah Al-Baqarah ayat 60, Surah Ar-Ad ayat 8-9.



Anda juga boleh mengamalkan suplemen yang bersesuaian untuk penghasilan susu yang lebih lancar dan yang pastinya untuk menambahkan nutrisi di dalam susu ibu.
Shaklee menyediakan rangkaian suplemen yang bersesuaian untuk ibu-ibu menyusu yang sangat berpatutan dengan budget anda.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Penyusuan susu ibu:7 Fakta & Mitos yang perlu anda ketahui

Orang kita ni memang banyak pantang larang, kdg2 ada yang betul, ada yang tidak..main ikut2 je kan..tentang penyusuan ni mcm-mcm kita dengar, itu tak boleh, ini mesti buat..Ada yang kata susu ibu ni bergantung pada size payudara,kononnya kalau payudara besar susu pun byk..ada jgk yang mengaitkan tentang saiz badan. pastu ada yang cakap susu belah kanan 'nasi' lah, belah kiri air lah..mcm2 kan..Jom baca beberapa mitos dan fakta pasal susu ibu.

susu ibu


7 Fakta dan Mitos penyusuan Ibu

Menyusu akan mengakibatkan payudara kendur
Fakta: Salah! Payudara membesar disebabkan kantung-kantung ketika menyusu, otot-otot dalam payudara berkontraksi untuk mengeluarkan  susu ibu dari payudara sehingga kantung-kantung kosong dan kembali ke ukuran semula. Bila menyusukan secara berkala, maka penghasilan susu ibu semakin banyak dalam payudara perlahan-lahan akan berkurang lalu payudara akan menyesuaikan ke ukuran idealnya.

Payudara berukuran kecil, tidak banyak menghasilkan susu. 
Fakta:Ukuran payudara dibezakan oleh jumlah lemak dalam payudara. Makin banyak lemaknya, makin besar ukurannya. Namun, kemampuan payudara untuk menghasilkan susu ibu tetap sama. Penghasilan dan pengeluaran susu ibu dalam payudara ditentukan oleh jumlah yang dihisap. Makin kerap bayi menyusu, makin cepat Susu Ibu dihasilkan dan payudara makin cepat penuh.

Kolostrum/ASI pertama adalah susu basi 
Fakta: Tidak benar! Kolostrum adalah cairan dengan nilai nutrisi sangat tinggi, serta mengandung zat-zat  yang sangat berguna untuk melindungi bayi dari berbagai kuman yang membahayakan pada hari-hari pertama bayi lahir.

Ibu melahirkan secara cesar tidak dapat memberikan susu ibu pertamanya 
Fakta: Tidak benar. Kebanyakan hospital sekarang mengamalkan Hospital Rakan Bayi terutamanya hospital kerajaan. Biasanya selepas bayi dikeluarkan dari perut ibu, doktor akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu bagi membolehkan bayi mendapatkan susu ibu (ini adalah pengalaman saya sendiri. 2org anak saya dilahirkan secara ceaseran, dan kedua-duanya mendapat susu ibu sejurus selapas dilahirkan). Seterusnya bayi diletakkan bersama-sama ibu semasa di dalam wad bagi memudahkan ibu memberikan susu ibu. Jadi ibu yang melahirkan secara cesar tetap dapat memberikan susu ibu pertamanya.

Susu Ibu boleh berubah rasa dan warna
Fakta: Benar, rasa susu ibu boleh berubah-ubah mengikut makanan yang diambil oleh Ibu, sedangkan warna cenderung kecil perubahannya. Perubahan rasa susu ibu ini menguntungkan dalam hal memperkenalkan pelbagai jenis makanan  kepada bayi. Jadi ketika bayi mulai mengenal makanan padat, ia tidak akan asing lagi terhadap rasa-rasa tersebut.

Payudara kanan mengandung makanan dan yang kiri minuman
Fakta: Bukan payudara kiri dan kanan yang memiliki perbezaan kandungan menyerupai makanan dan minuman, melainkan “waktu” susu ibu yang keluar dari payudara. Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat.

Ibu menyusui yang sedang sakit aman jika mengonsumsi obat
Fakta: Ada beberapa faktor yang menentukan kandungan ubat dalam ASI, misalnya ukuran molekul, kemampuan berikatan dengan lemak atau protein, waktu yang diperlukan  sehingga setengah dari ubat dibuang dari tubuh - dan sebagainya. Biasanya terdapat beberapa jenis ubat yang dikhuatiri mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ada juga ubat yang membuatkan susu ibu kurang sedap. Adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. (kesimpulannya, boleh mkn ubat walaupun menyusukan bayi..kalau antibiotik pula pastikan ambil yang selamat utk bf dan tak effect susu ibu)

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Perbandingan Khasiat Susu Ibu dan Susu Formula


Susu ibu mempunyai khasiat yang sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Susu Ibu vs Susu Formula


Susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula paling mahal di pasaran. Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu.

Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.

Manfaat untuk anak:



  • Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
  • Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. 
  • Penyusuan susu ibu juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang. Susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Manfaat untuk ibu
  • Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin.
  • Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
  • Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
  • Penyusuan susu ibu memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
  • Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.


Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Testimonial Set Menyusu..

Susu

Assalamualaikum w.b.t..Hari ni sy nak share my own testimonial..Ni adalah hasil saya consume set menyusu Shaklee secara konsisten.

Rezeki Nur Izz Qisya pd kul 6.30 am tadi..Alhamdulillah..

Sebagai ibu berkerjaya, hari2 bpantang sgt2 la penting..of course la sbb nk wat stok susu sebelum kembali berkerja.
Bagi saya, stok susu sgt penting..dgn adanye stok susu membuatkan sy yakin utk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun sy berkerja. Satu cabaran yg besar bagi ibu-ibu yang berkerjaya utk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2thn seperti yang disarankan dalam Islam.

Penyusuan susu ibu adalah momen indah bg ibu-ibu yang menyusukan. Begitu juga bagi sy..sy sangat2 fanatik dengan dunia penyusuan. Adalah menjadi satu kebanggaan utk meneruskan penyusuan eksklusif ini.
Setakat hari ini, dh masuk hr yg ke41 yer..sy berjaya mengumpul stok susu hampir 400oz..Alhamdulillah.

Saya mengamalkan suplemen Shaklee bkn shj utk berpantang tetapi juga utk penyusuan.yg pastinye susu mmg tiptop..pekat dan banyak..anak pn sihat.cpt je bambam..
Saya mula mengepam sejak hari ke5 selepas bsalin..awal jgk la.smua gara-gara susu melimpah ruah. asyik menitik jek.bila anak menyusu sebelah..yang sebelah lagi menitik-nitik..So nak x nak mmg kna pam..Saya mmg selalu amalkan tandem nursing..so susu mmg cpt stimulate..Bukan sahaja anak puas menyusu, malah susu perahan juga banyak..tips yg paling simple utk ibu2 yg tgh kumpul stok cam saya..amalkan tandem nursing..Anda aka berpuas hati dgn hasilnya.Insya Allah..jgn lupe juga jg pemkanan dan amalkan suplemen Shaklee secara konsisten.. you'll amaze with the result.

Saya amalkan b complex, vitamin C chewable, vitalea, alfalfa, ostematrix dan ESP utk membantu mempercepatkan penghasilan susu..perlu diingt yer..suplemen ni bkn la btujuan membanyakkan susu tetapi ia mbantu mempercepatkan penghasilan susu dan yang pastinya menghasilkan susu yang lebih bernutrisi khas utk anak tercinta.

JOM amalkan suplemen Shaklee supaya anda kekal sihat dan cantik walaupun menyusukan bayi. Sememangnya menyusukan bayi membuatkan badan kita penat.cepat lapar dan sebagainya.Insya Allah dengan mengamalkan suplemen Shaklee anda akan kekal bertenaga..


breastfeeding set

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com


TESTIMONI SET MENYUSU

Cadangan Vitamin untuk Set Menyusu ialah


  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • ALFALFA
  • ENERGIZING SOY PROTEIN
  • OSTEMATRIX
Vitamin-vitamin ini dipakejkan sebagai set TRIPPLE M.

Jom baca testimoni customer yang telah menggunakan set menyusu ini dan sangat berpuas hati dengan hasilnya...BERBALOI BALOIIII



Nak cuba? Kami turut menyediakan jadual pengambilan vitamin yang ekslusif untuk ibu menyusu, khas buat customers kami sahaja.

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Cadangan Vitamin untuk Ibu Menyusu

berikut adalah vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu dan amat membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. Insya Allah

Jenis Vitamin
Fungsi/Kebaikan Vitamin
Vitalea/ Multivitamin dengan formula Zat Besi
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima zat dan vitamin yang penting untuk memastikan kesihatan diri yang optimum.
B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih focus dan emosi yang stabil, ceria dan gembira
Vitamin C
Bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan system imunisasi badan
Alfalfa
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU.
Ostematrix
Komposisi vitamin yang tinggi di dalam susu ibu adalah kalsium.  Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf manusia. Bagi ibu-ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya ibu-ibu tidak mengamalkan pengambilan kalsium, penghasilan susu ibu akan mengambil kalsium yang sedia ada di dalam badan. Jika berterusan dan si ibu tidak mengambil kalsium boleh menyebabkan risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta menampakkan garisan tua.

Pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan. Ada sesetengah ibu yang mengalami kekurangan pengeluaran susu apabila menstrual (period), ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan menyingkirkan darah kotor.

Selain itu, kelebihan kalsium Shaklee adalah:
Ø  Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Ø  Membantu dalam pengecutan dan otot dan pelancaran saraf
Ø  Menolong mengurangkan symptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
Energizing Soy Protein (ESP)
Komposisi utama susu ibu adalah protein. Protein adalah makanan sel. Sel perlukan protein drp makanan berkhasiat yang diambil.
Fungsi protein :
Ø  Mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu
Ø  Mengawalatur keseimbangan bendalir badan
Ø  Pembinaan hormone, enzim dan antibodi memerlukan protein
Ø  Membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrient dan sumber tenaga

Protein adalah sangat sensitive. Ia wujud pada suhu badan kita dan akan termusnah pada suhu tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan,ayam pada suhu tingi, hakikatnya protein tersebut telah musnah.

Keistimewaan Susu Ibu

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dilahirkan. Ini jelas ditekankan di dalam Al-Quran ayat 233 surah al-Baqarah yang bermaksud ;

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2tahun genap, iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan itu"

Banyak kajian menunjukkan keistimewaan dan kelebihan susu ibu berbanding susu formula.Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mempertingkatkan susu formula supaya menyamai khasiat yang ada pada susu ibu, namun susu formula tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik buat bayi anda sejak ia dilahirkan.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu pun bermula. Begitulah indahnya ciptaan Allah s..w.t. Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi yang baru dilahirkan, susu pertama adalah berwarna  kekuning-kuningan yang dikenali sebagai KOLOSTRUM. KOLOSTRUM mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal kelahiran. Susu ibu bersih, dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi AA dan DHA (yang kita biasa dengar iklan susu formula), kandungan AA dan DHA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu formula.

Keistimewaan dan Kelebihan Susu Ibu

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


[Nota :  Susu ibu adalah hak anak anda.Berikan yang terbaik untuk anak-anak anda. ]