Showing posts with label Set Hamil. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil. Show all posts

Vitamin dan Supplemen untuk Ibu Hamil

Bekalan tambahan (suplemen) vitamin wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Supplemen ini boleh didapati dalam bentuk pil/ tablets dan juga kapsul. Vitamin dan suplemen untuk ibu hamil membekalkan nutrien yang perlukan oleh badan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum sepanjang kehamilan. Anda boleh mendapatkan vitamin melalui makanan seperti buah-buahan, sayuran, susu, daging, ikan dan sebagainya.

Ia mungkin sukar untuk sesetengah orang untuk mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi dalam pemakanan harian mereka terutamanya ibu hamil. Oleh itu, multi vitamin dan supplemen untuk ibu hamil dirumuskan khas yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, kalsium dan DHA adalah amat penting untuk keperluan seharian ibu hamil.


Kenapa ibu hamil perlu ambil prenatal vitamin?


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- 

  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil-
  • mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- 
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Malangnya ramai wanita yang tidak menyedari perkara ini dan seterusnya tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi  kerana tidak mengetahui bahawa mereka perlu berkongsi nutrien dengan bayi yang berada di dalam rahim yang sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Apakah Vitamin dan Supplemen Yang Penting Untuk Kesihatan Ibu Hamil?

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iro- utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.



Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
    set hamil shaklee
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - tablet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan).

Sangat digalakkan untuk add on:
  1. Vitamin C 
  2. ESP

Walau bagaimanapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha Allah jua yang menentukan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Tips Pemakanan Seimbang dan Sihat Ketika Hamil

Tips 1: Amalkan pemakanan seimbang. Seeloknya ikut piramid makanan.Perlu ada karbohidrat,protein, buah-buahan, sayur-sayuran,produk tenusu dan minyak,lemak,garam dan gula dengan kadar minimum.

Tips 2: Pelbagaikan makanan anda. Jangan tertumpu kepada sejenis makanan sahaja.kepelbagaian makanan memberikan nutrisi yang berbeza.

Tips 3: Makan mengikut keperluan anda. Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Menjadi perkara biasa sekiranya selera makan anda bertambah. Walau bagaimanapun, tubuh kita lebih cekap dlm pengurusan makanan yang dimakan menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.

Tips 4: Makan dengan teratur.Amalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) setiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, usah ragu-ragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.

Tips 5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral. Ketika hamil badan kita memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik).

Tips 6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda. Makan dengan sederhana adalah yang terbaik.


Tips 7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal. Amalakan kehidupan yang aktif. Lakukan aktiviti senaman yang ringan seperti berjalan, berenang atau aktiviti fizikal yang ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi).


Pengambilan vitamin secara konsisten juga sangat membantu kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Selalunya doktor akan memberikan pil Asid Folic atau Obimin semasa mengandung.  Vitamin ini amat penting dan perlu diamalkan setiap hari. Namun, ada diantara ibu-ibu mengandung tidak serasi dengan pil yang diberikan. Sebab itu mereka beralih ke vitamin Shaklee. Dalam kes ini, saya sarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.


SET KEHAMILAN SHAKLEE




Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang berasaskan Zat besi Vitamin dan mineral membantu memenuhi setor-setor nutrisi badan supaya anda dapat zat yang  mencukupi untuk anda dan bayi. Menyokong pelbagai fungsi dan proses untuk membolehkan bayi berkembang. Zat besi menyokong penambahan kandungan darah pada ibu dan bayi. 

B Complex - Membekalkan asid folic kerana kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Vitamin C - Membantumembina placenta yang kuat, membantu penyerapan zat besi, membantu tubuh melawan jangkitan, menggalakkan pembentukan gusi, tulang, ligament dan gigi bayi.

Ostematrix - Membekalkan kalsium dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membentukan tulang dan gigi. Dengan pengambilan supplement, ia membantu mencegah bayi dari 'mencuri' (demeneralisasi) kalsium ibu untuk memenuhi keperluan pembesarannya. Ini mengurangkan risiko siibu mempunyai tulang rapuh dikemudian hari. Juga membantu dalam masalah sembelit.

OmegaGuard - Minyak ikan yang mengandungi DHA membantu perkembangan otak dan mata bayi.

Energizing Soy ProteinSangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.


Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Hamil Shaklee.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Panduan Pemakanan Sihat Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari Jumaat..hari ni feeling nak cerita pasal ibu mengandung..Walaupun saya dh selamat bersalin, tetapi saat2 menjadi mak buyong memang sentiasa di ingatan. Maklum la time mengandung mcm2 dugaan..Dgn morning sickness, x selera makan, memilih makanan tertentu jek, moody & macam2 lagi. Tapi yang pastinya menjadi mak buyong mmg sangat2 marvellous. With a little baby in my tummy..its amazing actually..Allah itu Maha Kuasa..Subhanallah..

Sebagai ibu hamil adalah sangat penting untuk memastikan pengambilan nutrisi yang seimbang. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada 
pembentukan dan perkembangan bayi.


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.


Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:
Ibu Mengandung

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. 
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
  • Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda: 
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Menjelang akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.


Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. 

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh luput (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.



Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan.

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.

Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. 

Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat.


Sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan tentang pemakanan sihat untuk ibu mengandung. Yang penting kita kena pastikan nutrisi yang cukup..Bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk bayi dalam kandungan. Ibu sihat Inshaa Allah bayi pun sihat. Jika anda rasa tidak mampu mengambil nutrisi yang secukupnya seperti yang disarankan, adalah lebih baik jika anda mengamalkan pengambilan vitamin/suplemen yang bersesuaian untuk ibu hamil.
Shaklee menyediakan rangkaian suplemen untuk ibu-ibu hamil yang mementingkan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.





Set Hamil


Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Hamil Shaklee.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Cadangan Vitamin Ibu Hamil

Pengambilan vitamin amat penting ketika hamil bagi memastikan ibu dan anak mendapatkan nutrisi yang optimum dan membantu tumbesaran bayi yang lebih sihat.
JOM LIHAT VITAMIN YG SESUAI UNTUK IBU HAMIL!!

Jenis Vitamin
Fungsi/Kebaikan Vitamin
B Complex
Sangat unik kerana telah dilengkapi dengan asid folik dan juga 8kumpulan B. asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya “spina bifida”. Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 400mg asid folik setiap hari. Sangat penting untuk mengamalkan pengambilan asid folik ini 3bln sebelum hamil sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama janin terbentuk
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vitalea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Ibu mengandung memerlukan kalsium sebanyak 1000-1300mg setiap hari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekuranan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
Sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Hubungi saya untuk cadangan supplemen yang sesuai untuk anda..
sms/ whatsapp 012-6704659