Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

Welcome 2016!!!!

Alhamdulillah..
Dah masuk tahun baru 2016...rasa macam begitu cepat masa berlalu.
Setiap kali tahun baru mesti byk azam baru kannn???
Macam-macam azam yang diharapkan menjadi semangat dan kekuatan di tahun baru..
Insya Allah..semoga kita dapat mencapai azam yang diinginkan..Aminn

shaklee 2016

Saya nak share poster Shaklee untuk tahun baru 2016..Menarik kan???azam untuk hidup sihat sepanjang 2016..Jom follow ramai2. semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.

Sebagai umat Islam kita sangat digalakkan untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w. so why not utk tahun baru ni kita ikut cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan diri.. Nak kata susah tak jugak kan..very simple and easy to follow.


sihat cara Rasulullah s.a.w


Anda juga boleh mengamalkan pemakanan sihat seperti pengambilan supplemen untuk kesihatan dalaman dan luaran..tetapi pastikan supplemen yang diambil adalah bersih suci dan halal.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com



Khasiat Lemon..



Lemon dikenali sebagai buah yang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B & C. Jus lemon mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, lab eksperimen dna juga agen pembersih. Ia juga digunakan untuk membersihkan mulut, membantu pencernaan dan menghilangkan sembelit dan beberapa penyakit lain. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Jom kita tengok kebaikan dan khasiat yang ada pada lemon.

lemon

1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.


2. Mengimbangkan pH badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.


3. Memperbaiki kulit

Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit. Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan melindungi tisu kulit kita.


4. Mengurangkan berat badan

Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.


5. Penghidratan

Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.


6. Menyingkirkan toksin

Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.


7. Mencegah Masalah Pernafasan

Air Lemon dikenali untuk merawat sebarang jangkitan dada dan memberhentikan batuk kecil, limau 
juga dikenali sebagai Rawatan yang terbaik untuk orang yang menderita asma dan alahan. Lemon juga dikenali untuk merawat nafas berbau dan mana-mana sakit gigi bersama-sama dengan gingivitis disebabkan oleh kadar yang lebih tinggi asid sitrik yang apabila diambil dalam kandungan meningkat akan menyebabkan kemudaratan kepada enamel gigi.


8. Melancarkan pencernaan

Air lemon yang hangat mampu mengeluarkan racun dari tubuh dengan merangsang hati untuk mengeluarkan empedu. Selain itu, lemon kaya dengan mineral dan vitamin yang mampu mengeluarkan racun yang berada pada saluran pencernaan.
Air lemon hangat juga mampu melawan kembung, memulas serta sendawa. The American Cancer Society  mencadangkan pesakit kanser untuk mengambil lemon bagi memudahkan proses penghadaman.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com
Anda mungkin juga meminati:

Petua Buang Toksin dalam Badan

Toksin dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian . Kesihatan manusia  menjadi teruk apabila mengambil makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya  terjadi pelbagai penyakit seperti  barah, migrain dan sebagainya.


Malangnya, tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya. Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  sakit gout, gatal-gatal, kulit menjadi kusam  dan sebagainya  lagi.
  
Toksin terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya.  Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh   hasil dari aktiviti bersukan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.


Kenapa Perlu Membuang Toksin?
Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk.  Dengan mengurangkan jumlah toksin di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.


Tips buang toksin dalam badan

Pemakanan
Elak pengambilan makanan yang terlalu pedas & terlalu berminyak. Elak juga mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna & perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak yang turut mempengaruhi toksin.

Senaman

Tubuh badan meningkat dengan mendadak & perut buncit disebabkan oleh toksin yang terkumpul lama di dalam tubuh. Ada baiknya mengamalkan senaman untuk mengurangkan toksin melalui penghasilan peluh setiap hari. Kaedah sauna juga membantu dalam mengeluarkan toksin yang berlebihan.


Rawatan
Pengambilan ubat-ubatan adakalanya berkesan, namun lebih baik diambil atas saranan doktor. Begitu juga dengan rawatan merendam kaki di dalam air hidro, kaedah menampal koyok di tapak kaki mahupun melalui kaedah rendam kaki di dalam kolam ikan.Walau bagaimanapun,  sebelum melakukan rawatan, lebih baik bertanyakan pada doktor. 

Petua
Membuang toksin dengan secara semula jadi lebih baik melalui pengambilan ulam-ulaman. Perbanyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Apa kata korang cuba sendiri resipi jus buang toksin nie? Sediakan dua biji epal, satu batang saderi, lobak & halia. Kisar semuanya & minum. Ia membantu mencuci usus tanpa merasa sakit mahupun kurang selesa.


Kalau rasa cam malas-malas sgt boleh jugak mencuba Herb lax Shaklee. Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Sifat Herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Air Kosong Untuk Tubuh

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda. Selain itu ia juga boleh membebankan buah pinggang. Buah pinggang perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengetahui jumlah air yang diperlukan oleh badan kita. Ini kerana keperluan air adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
APA ITU AIR???
Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. Antara fungsinya ialah: 
  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah: 
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.

TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus. 
Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi dan keletihan. Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.

CARA PENGAMBILAN AIR YANG BETUL
Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.
Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. 
Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.
Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi
Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah.

KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.

TIP MINUM AIR DI PEJABAT
Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:
  1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di  dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.
  2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana ini akan memotivasikan dan menyenangkan  anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.
  3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat.
  4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.

INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Perbezaan Antara Vitamin Sintetik, Vitamin Organik dan Vitamin Semulajadi

Pernah tak anda terfikir apakah jenis vitamin yang paling selamat untuk diambil? Adakah jenis sintetik, organik atau semulajadi??

Ataupun anda tak kisah???Seperti dialog di bawah..

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”
Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul samasekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?
Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik? Tepuk dada tanya minda!!

credit to Mommy Lyna

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Kali ini saya nak kongsi sedikit tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Kurus sihat

Herb Lax Shaklee..Kembali di Pasaran!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Ceria-ceria di hari Rabu.

Berita baik untuk semua yang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti hot produk Shaklee yang satu ni iaitu HERB LAX..buat pengetahuan semua Herb Lax dh de stok..jom pakat borong sblm kehabisan stok lg..

Sebelum saya citer panjang lebar pasal Herb lax, jom kenal dulu pasal DETOX..

DETOX adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. 

Atau dengan kata lain yang lebih senang difahami, detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap paling optimum.


Kenapa Perlu Detox???
Detox adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


Herb Lax
Jom kita baca lak serba sedikit pasal Herb Lax.


Pengenalan
Herb Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Ramuan asas Herb Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver's root
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuainnya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh bagi jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan sisa toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita untuk lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah gerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan lancar.


Kebaikan Herb Lax
  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan.
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Mengempiskan perut
  5. Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan dan mengempiskan kepada perut 
  6. Tindakan pembersihan secara lembut boleh mengembalikan proses semulajadi

Siapa yang perlu mengambil Herb Lax


  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
  2. Mereka yang mengalami masalah pembuangan, sembelit dan perkumuhan kurang lancar
  3. Mereka yang banyak jerawat
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama yang baru berjinak-jinak dalam pengambilan suplemen
  6. Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. "Nak kurus???Anda boleh mengambil ESP dan Lecithin untuk kesan yang lebih baik!"



Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
Diet Seimbang

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Jom amalkan pemakanan yang sihat!!!

Nak lebih sihat???Amalkan pengambilan supplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik..



Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA serta tips dan cara pengambilan vitamin/suplemen yang bersesuaian dengan anda. Setiap pembelian pastinya mendapat harga  yang istimewa dari saya..


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com