Protein..Keperluan Dalam Diet Harian

PEMAKANAN SIHAT AMAT PENTING DALAM MEMBEKALKAN NUTRIEN DAN MENGURANGKAN RISIKO SERTA MENANGANI BEBERAPA PENYAKIT. AMALAN MAKAN SECARA SIHAT DAPAT MEMBEKALKAN TENAGA DAN NUTRIEN KEPADA TUBUH.

JOM KITA TENGOK DULU PIRAMID MAKANAN

Terdapat tiga perkara penting yang perlu dititkberatkan :
  1. Makan makanan seimbang.
  2. Makan pelbagai jenis makanan.
  3. Makan dalam kuantiti yang sederhana.
Secara amnya, badan kita memerlukan :
  • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
  • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
  • Mikronutrien:
    - Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
    - Mineral - KalsiumBesiIodinZinkFolat, Selenium.


    Untuk hari ini, saya nak kongsi tentang keperluan protein dalam diet harian kita. Daripada piramid ini, kita perlu faham protein tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Purata rakyat Malaysia mengambil makan tengahari berupa nasi, ikan / ayam / daging dan sayur-sayuran. Pengamal makanan vegetarian pula sering menggantikan ikan / ayam / daging dengan kekacang. Ikan / ayam / daging / kekacang adalah sumber protein. Jadi sepatutnya pemakanan harian kita sudah membekalkan cukup protein bagi keperluan tubuh badan. 


    Masalahnya ialah cara masakan dimasak sering menyebabkan protein dalam makanan termusnah semasa proses memasak. Jadi walaupun anda makan ikan / ayam / daging / kekacang setiap hari, tapi tubuh anda tak mendapat kuantiti protein yang diperlukan. 

    Apa sebenarnya kepentingan PROTEIN
    Pertumbuhan
    Tahukah anda, 16% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada protein? Kulit, rambut, organ dan otot-otot badan semuanya adalah protein. Seperti manusia sendiri, sel-sel tubuh juga ada jangka hayat. Sampai satu ketika, sel-sel tubuh akan mati. Sel yang tidak menerima nutrisi secukupnya akan lebih cepat mati. Sel yang mati perlu diganti dengan sel baru untuk memastikan badan manusia terus berfungsi. Sekiranya protein tidak diterima secukupnya oleh badan, banyak fungsi yang akan terjejas. Sebagai perumpamaan, fungsi protein dalam badan seperti bata dalam pembinaan bangunan. Sekiranya bata tidak mencukupi, mana mungkin kita dapat membina bangunan yang kuat dan kukuh. Begitu juga dengan protein. Tak mungkin kita miliki badan yang sihat dan cergas jika kita tak menerima protein yang secukupnya setiap hari.

    Metabolisme
    Metabolisme ialah proses kimia yang berlaku dalam tubuh badan untuk meneruskan kehidupan. Dalam proses ini, makanan yang dicerna diuraikan kepada tenaga untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan baik. Kadar metabolisme yang tinggi bermaksud tubuh lebih mudah menghasilkan tenaga daripada makanan. Tubuh yang tidak menerima protein yang mencukupi akan menyebabkan saki-baki protein yang masih ada dalam badan terus merosot disebabkan metabolisme. Lama kelamaan, bekalan protein dalam badan akan habis. Tanpa protein, sel-sel badan yang mati tak dapat digantikan. Maka badan akan mudah rasa letih, lesu dan akhirnya mengalami penurunan berat badan. Awas! Penurunan berat badan akibat kekurangan protein bukan perkara baik. Badan akan menjadi lembik dan otot-otot merosot menyebabkan lemah badan, tak berdaya mengangkat beban berat. Kadar metabolisme juga akan menurun menyebabkan badan semakin lambat menguraikan makanan kepada tenaga. Itulah punca kelesuan.

    Pengambilan protein yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Sebabnya, badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan yang mana karbohidrat adalah komponen wajib dalam diet harian, ramai atlit yang mengamalkan high protein diet, iaitu merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat dan menggantikan dengan makanan berprotein tinggi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan arasbody fat dalam badan sebaliknya menggalakkan pembinaan otot-otot. Makanan protein tinggi ini diambil bersama-sama sayuran yang bersifat alkali kerana protein bersifat asid.

    Menstabilkan aras gula dan insulin
    Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.

    Berapa banyak protein yang diperlukan oleh badan?
    Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1 gram per kg berat badan (jika berat anda ialah 60 kg, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya 60 gram sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3 gram per kg berat badan.



    Suplemen Protein Pilihan Saya

    Sudah tentu Energizing Soy Protein oleh Shaklee. Dengan harga serendah RM150, saya dapat bekalan protein cukup sehingga 3 bulan. Pengambilannya cuma sesudu waktu pagi, dan sesudu waktu malam. Sangat jimat! Bukan saja jimat, tapi terbukti diperbuat daripada soya berkualiti tinggi yang selamat, berkesan dan halal.
    WM RM150 / EM RM155
    850 gram
    Tahan sehingga 3 bulan
    • Sumber terbaik daripada kacang soya
    • Mengandungi protein lengkap (9 essential amino asid)
    • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
    • PER (Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
    • Mengenyangkan dan sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik
    • Sesuai untuk orang yang ada alahan
    • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin-vitamin tadi dapat memperbaiki sel-sel badan kita.









SELAMAT MENCUBA!!!

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

No comments:

Post a Comment