Herb Lax Shaklee..Kembali di Pasaran!!!

Assalamualaikum w.b.t.
Ceria-ceria di hari Rabu.

Berita baik untuk semua yang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti hot produk Shaklee yang satu ni iaitu HERB LAX..buat pengetahuan semua Herb Lax dh de stok..jom pakat borong sblm kehabisan stok lg..

Sebelum saya citer panjang lebar pasal Herb lax, jom kenal dulu pasal DETOX..

DETOX adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. 

Atau dengan kata lain yang lebih senang difahami, detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap paling optimum.


Kenapa Perlu Detox???
Detox adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


Herb Lax
Jom kita baca lak serba sedikit pasal Herb Lax.


Pengenalan
Herb Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Ramuan asas Herb Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver's root
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuainnya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh bagi jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan sisa toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita untuk lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah gerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan lancar.


Kebaikan Herb Lax
  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan.
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Mengempiskan perut
  5. Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan dan mengempiskan kepada perut 
  6. Tindakan pembersihan secara lembut boleh mengembalikan proses semulajadi

Siapa yang perlu mengambil Herb Lax


  1. Pengamal tegar ubat tahan sakit
  2. Mereka yang mengalami masalah pembuangan, sembelit dan perkumuhan kurang lancar
  3. Mereka yang banyak jerawat
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama yang baru berjinak-jinak dalam pengambilan suplemen
  6. Mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. "Nak kurus???Anda boleh mengambil ESP dan Lecithin untuk kesan yang lebih baik!"



Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
Diet Seimbang

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Jom amalkan pemakanan yang sihat!!!

Nak lebih sihat???Amalkan pengambilan supplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik..



Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA serta tips dan cara pengambilan vitamin/suplemen yang bersesuaian dengan anda. Setiap pembelian pastinya mendapat harga  yang istimewa dari saya..


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Keperluan vitamin harian

Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
    Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.
Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.
Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari





Vitamin C Shaklee

Vitamin C

Vita C Plus daripada Shaklee.. Sangat besttt dan berbaloi2!!!


Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Kebaikan Vitamin C

Saintis telah melakukan kajian lebih puluhan tahun tentang apakah kelebihan sebenar vitamin C ini. Hasil kajian mendapati ternyata vitamin C mampu mencegah beberapa jenis penyakit seperti jantung dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilanvitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.
Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.
Secara umumnya, vitamin C merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kini banyak dipasaran terdapat makan tambahan yang dijual mengandungi vitamin C. Namun demikian kita perlu berhati-hati dalam memilih membeli ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Shaklee menyediakan suplemen vitamin c yang terbaik dan selamat tanpa bahan kimia dan pastinya halal.
Vitamin C



Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Perbandingan Khasiat Susu Ibu dan Susu Formula


Susu ibu mempunyai khasiat yang sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Susu Ibu vs Susu Formula


Susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula paling mahal di pasaran. Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu.

Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.

Manfaat untuk anak:



  • Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
  • Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. 
  • Penyusuan susu ibu juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang. Susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Manfaat untuk ibu
  • Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin.
  • Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
  • Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
  • Penyusuan susu ibu memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
  • Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.


Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com