Khasiat Lemon..



Lemon dikenali sebagai buah yang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B & C. Jus lemon mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, lab eksperimen dna juga agen pembersih. Ia juga digunakan untuk membersihkan mulut, membantu pencernaan dan menghilangkan sembelit dan beberapa penyakit lain. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Jom kita tengok kebaikan dan khasiat yang ada pada lemon.

lemon

1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema .Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.


2. Mengimbangkan pH badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.


3. Memperbaiki kulit

Lemon bertindak dengan cemerlang dalam melawan penuaan kulit. Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkandan melindungi tisu kulit kita.


4. Mengurangkan berat badan

Lemon mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.


5. Penghidratan

Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.


6. Menyingkirkan toksin

Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.


7. Mencegah Masalah Pernafasan

Air Lemon dikenali untuk merawat sebarang jangkitan dada dan memberhentikan batuk kecil, limau 
juga dikenali sebagai Rawatan yang terbaik untuk orang yang menderita asma dan alahan. Lemon juga dikenali untuk merawat nafas berbau dan mana-mana sakit gigi bersama-sama dengan gingivitis disebabkan oleh kadar yang lebih tinggi asid sitrik yang apabila diambil dalam kandungan meningkat akan menyebabkan kemudaratan kepada enamel gigi.


8. Melancarkan pencernaan

Air lemon yang hangat mampu mengeluarkan racun dari tubuh dengan merangsang hati untuk mengeluarkan empedu. Selain itu, lemon kaya dengan mineral dan vitamin yang mampu mengeluarkan racun yang berada pada saluran pencernaan.
Air lemon hangat juga mampu melawan kembung, memulas serta sendawa. The American Cancer Society  mencadangkan pesakit kanser untuk mengambil lemon bagi memudahkan proses penghadaman.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com
Anda mungkin juga meminati: