Kebaikan Vitamin C

Saintis telah melakukan kajian lebih puluhan tahun tentang apakah kelebihan sebenar vitamin C ini. Hasil kajian mendapati ternyata vitamin C mampu mencegah beberapa jenis penyakit seperti jantung dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilanvitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.
Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.
Secara umumnya, vitamin C merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kini banyak dipasaran terdapat makan tambahan yang dijual mengandungi vitamin C. Namun demikian kita perlu berhati-hati dalam memilih membeli ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Shaklee menyediakan suplemen vitamin c yang terbaik dan selamat tanpa bahan kimia dan pastinya halal.
Vitamin C



Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Perbandingan Khasiat Susu Ibu dan Susu Formula


Susu ibu mempunyai khasiat yang sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Susu Ibu vs Susu Formula


Susu ibu jauh lebih baik berbanding susu formula paling mahal di pasaran. Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu.

Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.

Manfaat untuk anak:



  • Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
  • Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. 
  • Penyusuan susu ibu juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang. Susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Manfaat untuk ibu
  • Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin.
  • Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
  • Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
  • Penyusuan susu ibu memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
  • Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.


Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com