Set Cantik.. Untuk Kulit Cantik & Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. Mari kita kenali kombinasi vitamin yang boleh membantu kita mencantikkan kulit anda bermula dari dalam sehingga luaran. Suami mana yang tidak bangga sekiranya isterinya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana menjaga kecantikan kulit sehingga kelihatan anjal, cantik dan gebu.Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vouge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi.


Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set Kecantikan Kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...



Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.


Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Cantik Shaklee.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com


6 Tips Sihat, Cantik & Awet Muda

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama saya tak kongsikan tips cantik wat anda smua kan???Hari ni tergerak hati nk kongsikan sedikit tips utk kekal sihat, cantik dan awet muda. 

Saya pasti semua orang suka untuk nampak muda dari usia sebenar. Tapi, mesti tak semua orang tahu macam mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi bila ramai di antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga mengakibatkan stress. Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses penurunan berat badan dan kehidupan yang sihat. 

Saya pernah berjumpa dengan ramai orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya, kebanyakan mereka mengamalkan tips sihat dan cantik berikut untuk awet muda:

Tips Sihat Dan Cantik 1: Amalkan Pemakanan Seimbang

Haaa...ini yang paling penting sekali. Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Tips Sihat Dan Cantik 2: Tidur

Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.

Tips Sihat Dan Cantik 3: Bersenam

Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Buat je apa-apa aktiviti senaman yang anda suka 3-4 hari seminggu dan senaman tidak semestinya dilakukan di gym atau di luar rumah. 

Tips Sihat Dan Cantik 4: Minum Air

Air sangat penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L  air kosong setiap hari.


Tips Sihat Dan Cantik 5: Buah-buahan dan Sayur-Sayuran

Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan anda. Makan buah sebelum makan akan menyebabkan kita cepat kenyang dan dapat mengawal jumlah pengambilan makanan utama.


Tips Sihat Dan Cantik 6: Fikir positif
Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Perkara yang positif akan banyak berlaku kepada anda yang selalu berfikiran positif.





Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Insya Allah sedikit sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan cantik. 

Jom Cantik!!Jgn Tua Sebelum Usia..Kecantikan Bermula Dari Dalam..
Dapatkan Set Cantik Shaklee untuk kecantikan dari dalam. Pengambilan suplemen membantu anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang..

Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Cantik Shaklee.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com