Panduan Pemakanan Sihat Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Salam hari Jumaat..hari ni feeling nak cerita pasal ibu mengandung..Walaupun saya dh selamat bersalin, tetapi saat2 menjadi mak buyong memang sentiasa di ingatan. Maklum la time mengandung mcm2 dugaan..Dgn morning sickness, x selera makan, memilih makanan tertentu jek, moody & macam2 lagi. Tapi yang pastinya menjadi mak buyong mmg sangat2 marvellous. With a little baby in my tummy..its amazing actually..Allah itu Maha Kuasa..Subhanallah..

Sebagai ibu hamil adalah sangat penting untuk memastikan pengambilan nutrisi yang seimbang. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada 
pembentukan dan perkembangan bayi.


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.


Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:
Ibu Mengandung

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. 
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
  • Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.

Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda: 
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Menjelang akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.


Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. 

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh luput (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.



Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan.

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.

Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. 

Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat.


Sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan tentang pemakanan sihat untuk ibu mengandung. Yang penting kita kena pastikan nutrisi yang cukup..Bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk bayi dalam kandungan. Ibu sihat Inshaa Allah bayi pun sihat. Jika anda rasa tidak mampu mengambil nutrisi yang secukupnya seperti yang disarankan, adalah lebih baik jika anda mengamalkan pengambilan vitamin/suplemen yang bersesuaian untuk ibu hamil.
Shaklee menyediakan rangkaian suplemen untuk ibu-ibu hamil yang mementingkan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.





Set Hamil


Hubungi saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Hamil Shaklee.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Fakta Kolagen yang Perlu Anda Tahu..

Dewasa ini penggunaan kolagen semakin mendapat tempat di hati wanita-wanita yang mementingkan kecantikan yang semestinya ingin kelihatan muda berseri.

Tetapi pernahkah anda semua terfikir apa sebenarnya kolagen???Kenapa semua produk kecantikan begitu beriya-iya mewar-warkan bahawa produk mereka menggunakan ekstrak kolagen..Boleh dikatakan hampir semua produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang dilabelkan mempunyai ekstrak kolagen.

Apa kata kita cuba memahami terlebih dahulu apa sebenarnya yang dikatakan kolagen sebelum memutuskan utk mendapatkan produk-produk kecantikan yang dikatakan mempunyai ekstrak kolagen..


Apa Itu Kolagen???
Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya. 

Kolagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.


Sumber Kolagen..
Kolagen boleh diperolehi daripada byk sumber. Antaranya ialah:

  • Khinzir dan lembu - kebiasaannya diambil dari bahagian kulit. Ia sumber yang murah dan mudah diperolehi dan paling popular dalam produk kolagen
  • Ayam dan arnab - kebiasaannya diambil dari organ atau kulit. Juga agak murah dan tidak kurang popular di pasaran
  • Ikan - kebiasaannya diekstrak dari sisik atau kulit. Ia juga digelar sebagai sumber premium kolagen kerana harganya yang agak mahal disebabkan proses penyediaan yang berteknologi tinggi. 
  • Plasenta manusia - antara sumber kolagen yang digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia memberi kesan yang baik tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat
  • Yak - produk dari China

Fungsi Kolagen..

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang 
  • glysin -melembapkan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Kesan Kolagen Ke Atas Badan
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


Kesan Kekurangan Kolagen


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi),osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.



Begitulah sedikit sebanyak fakta kolagen yang boleh saya kongsikan bersama. Diharap wanita2 di luar sana dpt membuat penilaian yang betul berkaitan kolagen dan saya juga berharap fakta ini dpt membantu wanita-wanita gorgeous di luar sana dalam pemilihan suplemen kolagen yang terbaik.


Shaklee menawarkan Collagen Powder Shaklee yang sangat istimewa dan memenuhi keperluan  anda..Pastinya Terbukti Terbukti Selamat & Berkesan

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com