Tetapi pernahkah anda semua terfikir apa sebenarnya kolagen???Kenapa semua produk kecantikan begitu beriya-iya mewar-warkan bahawa produk mereka menggunakan ekstrak kolagen..Boleh dikatakan hampir semua produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang dilabelkan mempunyai ekstrak kolagen.
Apa kata kita cuba memahami terlebih dahulu apa sebenarnya yang dikatakan kolagen sebelum memutuskan utk mendapatkan produk-produk kecantikan yang dikatakan mempunyai ekstrak kolagen..
Apa Itu Kolagen???
Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya.
Kolagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.
Sumber Kolagen..
Kolagen boleh diperolehi daripada byk sumber. Antaranya ialah:
- Khinzir dan lembu - kebiasaannya diambil dari bahagian kulit. Ia sumber yang murah dan mudah diperolehi dan paling popular dalam produk kolagen
- Ayam dan arnab - kebiasaannya diambil dari organ atau kulit. Juga agak murah dan tidak kurang popular di pasaran
- Ikan - kebiasaannya diekstrak dari sisik atau kulit. Ia juga digelar sebagai sumber premium kolagen kerana harganya yang agak mahal disebabkan proses penyediaan yang berteknologi tinggi.
- Plasenta manusia - antara sumber kolagen yang digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia memberi kesan yang baik tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat
- Yak - produk dari China
Fungsi Kolagen..
- menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang
- glysin -melembapkan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Kesan Kolagen Ke Atas Badan
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan Kekurangan Kolagen
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi),osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Begitulah sedikit sebanyak fakta kolagen yang boleh saya kongsikan bersama. Diharap wanita2 di luar sana dpt membuat penilaian yang betul berkaitan kolagen dan saya juga berharap fakta ini dpt membantu wanita-wanita gorgeous di luar sana dalam pemilihan suplemen kolagen yang terbaik.
Shaklee menawarkan Collagen Powder Shaklee yang sangat istimewa dan memenuhi keperluan anda..Pastinya Terbukti Terbukti Selamat & Berkesan
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com
Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com
No comments:
Post a Comment