Cadangan Vitamin untuk Ibu Menyusu

berikut adalah vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu dan amat membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.. Insya Allah

Jenis Vitamin
Fungsi/Kebaikan Vitamin
Vitalea/ Multivitamin dengan formula Zat Besi
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima zat dan vitamin yang penting untuk memastikan kesihatan diri yang optimum.
B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih focus dan emosi yang stabil, ceria dan gembira
Vitamin C
Bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan system imunisasi badan
Alfalfa
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU.
Ostematrix
Komposisi vitamin yang tinggi di dalam susu ibu adalah kalsium.  Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf manusia. Bagi ibu-ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya ibu-ibu tidak mengamalkan pengambilan kalsium, penghasilan susu ibu akan mengambil kalsium yang sedia ada di dalam badan. Jika berterusan dan si ibu tidak mengambil kalsium boleh menyebabkan risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta menampakkan garisan tua.

Pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan. Ada sesetengah ibu yang mengalami kekurangan pengeluaran susu apabila menstrual (period), ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan menyingkirkan darah kotor.

Selain itu, kelebihan kalsium Shaklee adalah:
Ø  Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Ø  Membantu dalam pengecutan dan otot dan pelancaran saraf
Ø  Menolong mengurangkan symptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
Energizing Soy Protein (ESP)
Komposisi utama susu ibu adalah protein. Protein adalah makanan sel. Sel perlukan protein drp makanan berkhasiat yang diambil.
Fungsi protein :
Ø  Mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu
Ø  Mengawalatur keseimbangan bendalir badan
Ø  Pembinaan hormone, enzim dan antibodi memerlukan protein
Ø  Membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrient dan sumber tenaga

Protein adalah sangat sensitive. Ia wujud pada suhu badan kita dan akan termusnah pada suhu tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan,ayam pada suhu tingi, hakikatnya protein tersebut telah musnah.

Keistimewaan Susu Ibu

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dilahirkan. Ini jelas ditekankan di dalam Al-Quran ayat 233 surah al-Baqarah yang bermaksud ;

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2tahun genap, iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan itu"

Banyak kajian menunjukkan keistimewaan dan kelebihan susu ibu berbanding susu formula.Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mempertingkatkan susu formula supaya menyamai khasiat yang ada pada susu ibu, namun susu formula tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik buat bayi anda sejak ia dilahirkan.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu pun bermula. Begitulah indahnya ciptaan Allah s..w.t. Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi yang baru dilahirkan, susu pertama adalah berwarna  kekuning-kuningan yang dikenali sebagai KOLOSTRUM. KOLOSTRUM mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal kelahiran. Susu ibu bersih, dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi AA dan DHA (yang kita biasa dengar iklan susu formula), kandungan AA dan DHA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu formula.

Keistimewaan dan Kelebihan Susu Ibu

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


[Nota :  Susu ibu adalah hak anak anda.Berikan yang terbaik untuk anak-anak anda. ]