Saya & Shaklee

Assalamualaikum w.b.t..Salam hari Jumaat.Jumaat yang indah dan penuh barakah..Penghulu segala hari..
Hari ni saya tiba-tiba terdetik nk kongsikan pengalaman saya sejak mengenali Shaklee..

Dulu masa anak dara tak pernah pn terpikir nak amik suplemen bagai. langsung tak amik kisah semua ni walaupun muka x cantikkk.huhu..de jerawat n bparut.relax jek..hehe.Tiba-tiba masa nk kawin mak andam siap kutuk2 lagi.muka berjerawat la.x cantik la.byk parut la!!!aah..tertekan btul!! Dalam hati..jaga kau mak andam..1hri nati aku pastikan muka aku clear..bersih!!haha..kelakar lak!!

Bila dah kawin..x pikir pun lagi nk mkn suplemen bagai..Sampai la pas bersalin anak sulung..Tahun 2010...Masa 2 aim nk fully breastfeed..tp x de la wat stok susu cam sekarang. Memang kais pagi makan pagi kais petang makan petang jek.dulu ilmu penyusuan x de sangat..budak baru belajar la katakan. Saya plak kerja agak jauh. Hampir sejam setengah perjalanan ke tempat kerja..bayangkan Ijok ke Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Travel seorang diri setiap hari.. Penat sangat sampai hasil pengeluaran susu pun makin lama makin ckt. Biasa la bila badan penat, mood pn x stabil..so susu pun kurang..memang sedih. Masa 2 macam macam saya ikhtiarkan. Minum Jus pegaga la, makan halba, peria dan banyak lagi. Pemakanan sunnah seperti kurma n kismis memang menjadi amalan. Alhamdulillah ada peningkatan gak walaupun tak banyak.

Sambil-sambil tu saya search la kat tenet, cara-cara meningkatkan penghasilan susu. Bila search je keluar macam macam artikel termasuk pasal Shaklee. Daripada situ saya pun baca la artikel berkaitan Shaklee. Sampai la terjumpa blog Mommy Hadhatina Mkb. Sembang punya sembang rupa-rupanya Mommy Hadhatina Mkb ni isteri kepada classmates saya semasa degree..macam-macam soalan saya tanya kt Mommy Hadhatina MKB...Setelah berpuas ati baru la tergerak hati untuk beli trial pack Shaklee untuk Set Menyusu..

Seminggu lebih selepas consume Trial Pack Shaklee, Mommy Hadhatina Mkb call saya tanya apa perkembangan.. Alhamdulillah, dengan izin Allah susu makin banyak..Bonus yang paling saya suka badan saya rasa bertenaga. Tak penat macam selalu. Walaupun saya travel jauh setiap hari. Saya boleh menguruskan anak, memasak dan mengemas rumah dengan jayanya. Memang sangat gembira dan berbaloi..

Sejak daripada itu, saya memang setia dengan Shaklee. Saya mengambil suplemen secara konsisten. Bagi saya, saya perlu sihat dan bertenga demi keluarga. Untuk anak dan suami tercinta. Kalau saya sakit, sape nk uruskan anak saya?? Sape nak siapkan makan pakai suami saya??? Ini adalah antara motivasi saya untuk mengambil suplemen secara konsisten. Berhabis untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bagi saya tak rugi pun mengamalkan suplemen ni. Kalau duit je banyak tapi badan tak sihat pun tak de guna gak. Betul tak??

Bonus lain yang saya dapat sejak mengamalkan Shaklee ialah kulit saya makin cantik!! Dah tak ada jerawat yang sibuk nk tumbuh kat muka ni lagi..paruit-parut jerawat makin berkurangan. Alhamdulillah  syukur sangat. Yang best lagi..saya jarang demam..Selsema pun jarang.. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Yang penting kena usaha jaga kesihatan. Islam memang menggalakkan umatnya menjaga kesihatan..

Sekian dulu wat masa sekarang, nati saya sambung lagi kisah-kisah saya bersama Shaklee. Hopefully boleh membantu anda yang masih ragu-ragu tentang pengambilan suplemen untuk kesihatan kita.




Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Cantik Macam K-Pops

Semua orang nak cantik..btul tak??Antara sedar atau tak..Kita semua adalah cantik. Allah kurniakan kecantikan kepada semua hamba Nya. Cuma kecantikan yang dikurniakan berbeza antara satu sama lain.Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Dewasa ini, macam-macam produk kecantikan yang muncul macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nak yg bg kesan dalam masa 5hari pun ada..Kalau tengok kt media-media sosial sgt la banyak produk-produk kecantikan ni. Pilih je mana yang berkenan di hati. Betul x?? Tapi kita x tahu kesannya untuk jangka masa panjang. Ada produk kecantikan yang selamat untuk digunakan dan ada jugak memberikan kesan negatif. Sebagai pengguna adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menilai mana yang elok dan mana yang tak elok..

Ada juga antara kita yang nak cantik macam artis2 Korea n Jepun.. Kulit yang mulus..putih melepak.  x perlu make up dah cantik..Memang ada di kalangan artis2 Korea membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah yang cantik dan mantap. Tetapi ada antara diorang ni yang amalkan tips2 cantik yang lain. Jom kita tgk tips2 diorang ni untuk cantik..



Tips Cantik Macam Kpop/ Jpop

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2.Untuk pencuci muka, mereka lebih gemar memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. 

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. 

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. 

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

Anda juga menggunakan teknik senaman muka seperti gambar di bawah. Senaman ni sesuai untuk elak muka kedut tu ye. Buat lah semasa baru bangun tidur ataupun sebelum tidur. Kalau sebelum tidur, baring nak tidur tu relax kan badan dan mula buat senaman muka ni ye.

senaman muka


Nak lagi best??Lagi cantik?? Anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi yang selamat seperti supplemen Shaklee. Diakui selamat, semulajadi dan pastinya halal. 

set cantik shaklee

Kalau cantik semata-mata tapi tak sihat pun x guna jgk..Btul tak?? So adalah lebih baik untuk cantik dan sihat.
Nak cuba Set Cantik Shaklee???Jangan malu2..Feel free to contact me..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.

JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Penyusuan susu ibu:7 Fakta & Mitos yang perlu anda ketahui

Orang kita ni memang banyak pantang larang, kdg2 ada yang betul, ada yang tidak..main ikut2 je kan..tentang penyusuan ni mcm-mcm kita dengar, itu tak boleh, ini mesti buat..Ada yang kata susu ibu ni bergantung pada size payudara,kononnya kalau payudara besar susu pun byk..ada jgk yang mengaitkan tentang saiz badan. pastu ada yang cakap susu belah kanan 'nasi' lah, belah kiri air lah..mcm2 kan..Jom baca beberapa mitos dan fakta pasal susu ibu.

susu ibu


7 Fakta dan Mitos penyusuan Ibu

Menyusu akan mengakibatkan payudara kendur
Fakta: Salah! Payudara membesar disebabkan kantung-kantung ketika menyusu, otot-otot dalam payudara berkontraksi untuk mengeluarkan  susu ibu dari payudara sehingga kantung-kantung kosong dan kembali ke ukuran semula. Bila menyusukan secara berkala, maka penghasilan susu ibu semakin banyak dalam payudara perlahan-lahan akan berkurang lalu payudara akan menyesuaikan ke ukuran idealnya.

Payudara berukuran kecil, tidak banyak menghasilkan susu. 
Fakta:Ukuran payudara dibezakan oleh jumlah lemak dalam payudara. Makin banyak lemaknya, makin besar ukurannya. Namun, kemampuan payudara untuk menghasilkan susu ibu tetap sama. Penghasilan dan pengeluaran susu ibu dalam payudara ditentukan oleh jumlah yang dihisap. Makin kerap bayi menyusu, makin cepat Susu Ibu dihasilkan dan payudara makin cepat penuh.

Kolostrum/ASI pertama adalah susu basi 
Fakta: Tidak benar! Kolostrum adalah cairan dengan nilai nutrisi sangat tinggi, serta mengandung zat-zat  yang sangat berguna untuk melindungi bayi dari berbagai kuman yang membahayakan pada hari-hari pertama bayi lahir.

Ibu melahirkan secara cesar tidak dapat memberikan susu ibu pertamanya 
Fakta: Tidak benar. Kebanyakan hospital sekarang mengamalkan Hospital Rakan Bayi terutamanya hospital kerajaan. Biasanya selepas bayi dikeluarkan dari perut ibu, doktor akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu bagi membolehkan bayi mendapatkan susu ibu (ini adalah pengalaman saya sendiri. 2org anak saya dilahirkan secara ceaseran, dan kedua-duanya mendapat susu ibu sejurus selapas dilahirkan). Seterusnya bayi diletakkan bersama-sama ibu semasa di dalam wad bagi memudahkan ibu memberikan susu ibu. Jadi ibu yang melahirkan secara cesar tetap dapat memberikan susu ibu pertamanya.

Susu Ibu boleh berubah rasa dan warna
Fakta: Benar, rasa susu ibu boleh berubah-ubah mengikut makanan yang diambil oleh Ibu, sedangkan warna cenderung kecil perubahannya. Perubahan rasa susu ibu ini menguntungkan dalam hal memperkenalkan pelbagai jenis makanan  kepada bayi. Jadi ketika bayi mulai mengenal makanan padat, ia tidak akan asing lagi terhadap rasa-rasa tersebut.

Payudara kanan mengandung makanan dan yang kiri minuman
Fakta: Bukan payudara kiri dan kanan yang memiliki perbezaan kandungan menyerupai makanan dan minuman, melainkan “waktu” susu ibu yang keluar dari payudara. Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat.

Ibu menyusui yang sedang sakit aman jika mengonsumsi obat
Fakta: Ada beberapa faktor yang menentukan kandungan ubat dalam ASI, misalnya ukuran molekul, kemampuan berikatan dengan lemak atau protein, waktu yang diperlukan  sehingga setengah dari ubat dibuang dari tubuh - dan sebagainya. Biasanya terdapat beberapa jenis ubat yang dikhuatiri mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ada juga ubat yang membuatkan susu ibu kurang sedap. Adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. (kesimpulannya, boleh mkn ubat walaupun menyusukan bayi..kalau antibiotik pula pastikan ambil yang selamat utk bf dan tak effect susu ibu)

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Perbezaan Antara Vitamin Sintetik, Vitamin Organik dan Vitamin Semulajadi

Pernah tak anda terfikir apakah jenis vitamin yang paling selamat untuk diambil? Adakah jenis sintetik, organik atau semulajadi??

Ataupun anda tak kisah???Seperti dialog di bawah..

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”
Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul samasekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?
Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar

Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik? Tepuk dada tanya minda!!

credit to Mommy Lyna

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Resepi ESP yang best!!!

Dah try ESP? sedap x? dh nama soya tentulah rasa soya..btul x?hehe
Saya selalu minum ESP yang dibancuh dengan air kosong jer. very simple n cepat.. Tetapi mungkin ada di antara kita yang tak boleh ESP+air kosong. Betul tak?

Hari ini saya kongsikan beberapa cara untuk menjadikan ESP anda lebih best and hot!!
Jom kita tgk beberapa resepi ESP yang best sangattt!!!

1.  ESP + MILO / horlicks
Campurkan 1sudu besar ESP bersama milo suam.Jangan sekali-kali bancuh ESP dengan air panas kerana ianya boleh merosakkan protein yang ada dalam ESP.


Taraa!!!inilah hasilnya ESP + Milo..yummyy!!

2. ESP + Jus Buah Twister
Anda juga boleh mencampurkan ESP dengan jus buah Twister..Twister kan ada pelbagai jenis jus buah. So pilih la mana yang berkenan di hati..mcm sedap je..macam best jer!!


3. ESP + Yogurt Bliss
Anda boleh bancuh ESP bersama yogurt Bliss. Ramai antara kita yang memang penggemar minuman yogurt. betul tak? tidak salah kalau anda campurkan ESP bersama yogurt Bliss. Acu cuba try test!!!mesti meletop kebabommm!!!


4. ESP + Sunquick
Ini antara resepi favorites saya.. Selalunya saya masukkan 1sudu besar sunquick dan 1sudu besar ESP..Then shake sampai berbuih..memang best!!rasa masam-masam manis..terbaikk!!!


5. ESP + Low Fat Milk
Anda juga boleh mencampurkan ESP bersama low fat milk..shake sampai berbuih n minum..memang terasa kesegarannya!!!

6. ESP + Fresh Milk + Madu
This is my favorites. ESP shake bersama fresh milk madu. Shake sampai berbuih.. memang best.. terasa kelazatannya. rasa lemak-lemak cam 2..anda patut mencubanya.
Kalau x de madu leh shake dengan fresh milk jer pun ok. memang terangkat la..


7. ESP blended with fruits
Kalau anda ada lebih masa, why not buat ice blended. Campurkan ESP bersama buah-buahan seperti tembikai, lobak putih, strawberry dan lain lain. Mesti best!!


8.ESP + Ribena
Saya pun pernah try ESP + ribena. memang best.

9. ESP + Sirap bandung
Terliur terus!!hehe.anda patut mencubanya..pasti terpikat!

10. ESP + Kurma + Madu + Badam
Kenapa tidak kita blend ESP bersama makanan sunnah seperti madu, kurma dan badam.betul x? Berganda-ganda khasiatnya. Malah dapat pahala lagi..Jom try

11. ESP + Mealshake/Performance Drink? Cinch Shake
Anda juga boleh  bancuhkan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake. Lagi meletopp..

12. ESP + Nesvita
Anda juga boleh campurkan ESP bersama Nesvita. 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1.pun best jugakkk..


Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (saya cadangkan 2x sehari ye.)

Macam saya sendiri, saya ni jenis kadang2 terlupa nak makan waktu pagi, so breakfast saya akan replacekan breakfast dengan ESP sebelum buat apa2 kerja. saya sangat suggestkan sape yang pegi kelas/kuliah/kerja awal2 pagi tak sempat makan, pleaseeeeeeee minum ESP.hehe! Boleh elakkan perut korang berbunyik pelik :p ESP ni boleh mengenyangkan kita tau, so time belajar/kerja rasa selesa je selain kekal bertenaga lama. 



Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.



JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Fakta Soya Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum w.b.t

Disebabkan bulan Mac 2014 adalah bulan ESP..so banyak la isu-isu pasal soya yg dikeluarkan. Macam-macam isu yang diutarakan..Kononnya soya ni tak bagus untuk kesihatan..Memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Menyebabkan kanser dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan.

Bagi saya sebelum kita mengetengahkan sesuatu fakta, adalah lebih baik untuk kita mengkaji dengan mendalam akan kesahihan fakta tersebut. Its much much better..Usah terlalu cepat melatah..Kaji dulu.Cari fakta yang sahih.Jangan sesuka hati menghukum tanpa penilaian yang sahih.

Saya sendiri memang sangat sukakan soya. My favorites is tempe..Mesti ramai yang tahu tempe ni diperbuat daripada kacang soya yang diperam. Ini adalah makanan tradisi masyarakat Melayu Jawa. Walaupun saya bukan orang Jawa tapi saya memang suka makan tempe.Mungkin sebab saya biasa dikelilingi orang Jawa dari zaman belajar sehingga sekarang. Ramai orang yg sedar akan kebaikan tempe. Sekarang saya memang mengambil ESP sebagai supplemen harian untuk kecantikan kulit dan susu badan.

Sejak akhir-akhir ni ramai pulak yang mempersoalkan khasiat kacang soya. Padahal soya ni dh menjadi makanan harian dalam masyarakat kita. Bukan niat saya untuk mempertikaikan pendapat sesetengah pihak yang mengecam kebaikan soya. Saya cuma ingin memberi anda ruang untuk berfikir dari segi pro and kontra.Jangan tengok kontra semata-mata..Be open minded.

Jom baca serba sedikit pasal soya yang wajib anda tahu..

Tahukah anda ciri-ciri soya yang baik dan sepatutnya kita ambil???

  • Ditanam secara organik
  • Tidak menjalani proses genetik (non-GMO)
  • Mengandungi 9 asid amino penting
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
  • Diproses tanpa dipanaskan
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)

soya

Maklumat lanjut:
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia                    menghasilkan toksin!
9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.
Kesimpulannya, cubalah anda tengok dan kaji, apa dan dari mana minuman soya yang anda minum tu.

ESP Shaklee
Energizing Soy Protein Shaklee memenuhi 7 ciri yang dinyatakan di atas. Jadi tidak hairanlah harganya agak mahal berbanding produk soya lain. Malahan proses membuatnya begitu rapi untuk menjaga khasiatnya.
Penggemar soya tak perlu risau lagi, bertukarlah kepada ESP, elakkan risiko kanser yang berpunca dari kacang soya yang tidak diproses dengan baik.
Credit to GenkiMomma
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com

Keistimewaan ESP yang perlu anda tahu..

Bismillah..

Promosi ESP kembali lagi..Sepanjang bulan ini, jangan lupa untuk mendapatkan ESP anda pada harga terbaik dan berbaloiiii!!

Seperti yang diketahui ESP adalah antara best seller Shaklee yang meletup dan mempunyai ramai peminat!ESP memang diakui ramai sangat best dan superb!!! Produk terbaik dari ladang yang sangat istimewa dan memenuhi keperluan tubuh badan kita.


Kenapa ESP sangat bessst???

Untuk pengetahuan anda, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada:
  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  • Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
Energizing Soy Protein


Khasiat ESP yang perlu anda tahu


1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


ESP ni halal atau tidak???
Jika anda ragu-ragu tentang kehalalan ESP dan produk-produk Shaklee blh rujuk kepada sijil dibawah..Shaklee sememangnya disahkan halal oleh ISA iaitu badan yang ditugaskan oleh JAKIM untuk produk daripada US.

sijil halal shaklee

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.


JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com