Orang kita ni memang banyak pantang larang, kdg2 ada yang betul, ada yang tidak..main ikut2 je kan..tentang penyusuan ni mcm-mcm kita dengar, itu tak boleh, ini mesti buat..Ada yang kata susu ibu ni bergantung pada size payudara,kononnya kalau payudara besar susu pun byk..ada jgk yang mengaitkan tentang saiz badan. pastu ada yang cakap susu belah kanan 'nasi' lah, belah kiri air lah..mcm2 kan..Jom baca beberapa mitos dan fakta pasal susu ibu.
7 Fakta dan Mitos penyusuan Ibu
Menyusu akan mengakibatkan payudara kendur
Fakta: Salah! Payudara membesar disebabkan kantung-kantung ketika menyusu, otot-otot dalam payudara berkontraksi untuk mengeluarkan susu ibu dari payudara sehingga kantung-kantung kosong dan kembali ke ukuran semula. Bila menyusukan secara berkala, maka penghasilan susu ibu semakin banyak dalam payudara perlahan-lahan akan berkurang lalu payudara akan menyesuaikan ke ukuran idealnya.
Payudara berukuran kecil, tidak banyak menghasilkan susu.
Payudara berukuran kecil, tidak banyak menghasilkan susu.
Fakta:Ukuran payudara dibezakan oleh jumlah lemak dalam payudara. Makin banyak lemaknya, makin besar ukurannya. Namun, kemampuan payudara untuk menghasilkan susu ibu tetap sama. Penghasilan dan pengeluaran susu ibu dalam payudara ditentukan oleh jumlah yang dihisap. Makin kerap bayi menyusu, makin cepat Susu Ibu dihasilkan dan payudara makin cepat penuh.
Kolostrum/ASI pertama adalah susu basi
Kolostrum/ASI pertama adalah susu basi
Fakta: Tidak benar! Kolostrum adalah cairan dengan nilai nutrisi sangat tinggi, serta mengandung zat-zat yang sangat berguna untuk melindungi bayi dari berbagai kuman yang membahayakan pada hari-hari pertama bayi lahir.
Ibu melahirkan secara cesar tidak dapat memberikan susu ibu pertamanya
Ibu melahirkan secara cesar tidak dapat memberikan susu ibu pertamanya
Fakta: Tidak benar. Kebanyakan hospital sekarang mengamalkan Hospital Rakan Bayi terutamanya hospital kerajaan. Biasanya selepas bayi dikeluarkan dari perut ibu, doktor akan terus meletakkan bayi di atas dada ibu bagi membolehkan bayi mendapatkan susu ibu (ini adalah pengalaman saya sendiri. 2org anak saya dilahirkan secara ceaseran, dan kedua-duanya mendapat susu ibu sejurus selapas dilahirkan). Seterusnya bayi diletakkan bersama-sama ibu semasa di dalam wad bagi memudahkan ibu memberikan susu ibu. Jadi ibu yang melahirkan secara cesar tetap dapat memberikan susu ibu pertamanya.
Susu Ibu boleh berubah rasa dan warna
Susu Ibu boleh berubah rasa dan warna
Fakta: Benar, rasa susu ibu boleh berubah-ubah mengikut makanan yang diambil oleh Ibu, sedangkan warna cenderung kecil perubahannya. Perubahan rasa susu ibu ini menguntungkan dalam hal memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepada bayi. Jadi ketika bayi mulai mengenal makanan padat, ia tidak akan asing lagi terhadap rasa-rasa tersebut.
Payudara kanan mengandung makanan dan yang kiri minuman
Payudara kanan mengandung makanan dan yang kiri minuman
Fakta: Bukan payudara kiri dan kanan yang memiliki perbezaan kandungan menyerupai makanan dan minuman, melainkan “waktu” susu ibu yang keluar dari payudara. Susu pertama'' atau ''fore milk'' yang bewarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga. ''Susu pertengahan'' mengandungi khasiat protein. Manakala ''susu akhir'' kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan ''susu akhir'' untuk membolehkan berat badannya meningkat.
Ibu menyusui yang sedang sakit aman jika mengonsumsi obat
Fakta: Ada beberapa faktor yang menentukan kandungan ubat dalam ASI, misalnya ukuran molekul, kemampuan berikatan dengan lemak atau protein, waktu yang diperlukan sehingga setengah dari ubat dibuang dari tubuh - dan sebagainya. Biasanya terdapat beberapa jenis ubat yang dikhuatiri mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ada juga ubat yang membuatkan susu ibu kurang sedap. Adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. (kesimpulannya, boleh mkn ubat walaupun menyusukan bayi..kalau antibiotik pula pastikan ambil yang selamat utk bf dan tak effect susu ibu)
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat , menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan/pertanyaan.
JOM SIHAT & CANTIK BERSAMA SHAKLEE!!
Wan Norhayati bt Wan Tahir
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866292 ]
♥ Contact No | WhatsApp :012 6704659
♥ Emel : wanyatie82@gmail.com
♥ Laman web: mommycun.blogspot.com
No comments:
Post a Comment